BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

4 Jul 2013

: Nikah :

             Pilih jodoh bertudung atau menutup aurat



Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!"

" Haa? Kenapa ? "

" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat  ."

Alhamdulillah . Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu . Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya . Pasti dia bukan calang-calang lelaki .

Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat . Dalam erti kata lain , dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh . Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga .

Lihatlah di sekeliling kita . Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini ? Berapa ramai wanita yang bertudung ? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan ? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya ? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri . Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada . Pakaian pula ketat, singkat , tipis , malah ada yang berlengan pendek . Jelasnya , mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat . 


Keluarga Sakinah

0 comment: