BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

14 May 2013

: Indah Tapi Tidak Solehah :

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Wanita memang sangat sinonim dengan pemakaian tudung di dalam Islam . Begitupun , banyak jenis tudung yang dijual dan dipasarkan di kedai-kedai , butik dan sebagainya . Dari tudung bawal sehinggalah tudung syria , shawl , selendang , pashmina , dan lain-lain . Namun harus diingat , dalam memilih jenis tudung untuk dipadankan . Haruslah memilih tudung yang boleh menutupi dada , tidak jarang sehingga menampakkan leher .
 
Penggayaan tudung yang berbeza-beza ini menggambarkan ada 3 kriteria para pemakainya :
 
Pertama :
 
Muslimah yang memakai tudung secara konsisten iaitu secara tetap . Mereka memakai tudung mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran . Pemakaian tudung dan pakaian yang dikenakan oleh mereka menutup semua anggota badan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh agama Islam .
 
Yang dikatakan memakai tudung secara konsisten adalah , mereka memakai tudung setiap saat tak kira berada di dalam rumah atau diluar rumah dan mereka hanya membuka tudung kepada yang muhrim sahaja . Muslimah jenis ini juga sangat berhati-hati dalam berpakaian iaitu tidak berlebihan dan bersederhana .
 
Selain itu , mereka juga tidak pernah berasa amalan memakai tudung ini dianggap remeh dan biasa . Apapun risiko yang mendatang , mereka akan menghadapi dengan tenang . Namun , bagi mereka amalan memakai tudung ini adalah wajib sehingga membuatkan hati mereka berasa aman , tenang dan damai di dalam pangkuan Islam .
 
Tidak pernah mereka berasa menyusahkan apabila memakai tudung , malah sebaliknya mereka merasakan itu kewajipan bagi meraih reda Allah Taala .
 
 
Kedua :
 
Muslimah yang hanya memakai tudung ketika mereka berada di luar rumah sahaja namun ketika berada di rumah , tudung di buka . Mungkin saja mereka tidak tahu dan juga tidak mahu . Selain itu , mereka juga mungkin memahami bahawa wajibnya menutup aurat bahagian kepala [memakai tudung] hanya ketika berada di sebuah tempat yang bukan wilayahnya . Seterusnya , mereka juga tidak mahu dianggap terlalu alim dan terlalu keagamaan .
 
Mereka masih ingin menutup aurat tetapi dari sudut sisi lain , mereka tidak mahu masyarakat menilai bahawa mereka telah berubah dan terlalu alim .
 
 
Ketiga :
 
Muslimah yang hanya memakai tudung pada saat yang mereka inginkan sahaja . Mereka tidak menutup aurat sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan memakai pakaian yang ketat . Bagi mereka , memakai tudung hanyalah sebagai aksesori untuk kelihatan lebih menarik . Tudung bukan satu tuntutan kewajipan yang wajib dipatuhi atas dasar ketaatan terhadap perintah agama .
 
Pengamalan mereka memakai tudung ini boleh diistilahkan sebagai LALANG , bagi saya . Kerana apabila mereka diminta untuk berada di dalam majlis yang memerlukan untuk memakai tudung , mereka akan memakainya . Manakala ketika mereka berada di majlis yang mengharuskan mereka tidak memakai tudung dan mengenakan pemakain terbuka , mereka rela melakukannya . Seolah-olah , mereka tidak berasa keberatan atau dipaksa untuk melakukannya .
 
Golongan yang ketiga ini perlu untuk didakwah . Kita harus menunjukkan kepada mereka yang mana dunia ini bukan untuk pentas sandiwara yang bebas untuk memilih kostum pakaian . Mereka harus disedarkan betapa Allah memuliakan wanita yang memakai tudung .
 
Semangat bertudungnya tidak sekuat mereka yang bertudung dengan perasaan yang reda dengan perintah Allah Taala .
 
_______________
 
" Akan muncul di akhir umatku , wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang . Di atas kepala mereka terdapat sesuatu (mirip) punuk unta . Mereka tidak akan masuk syurga , dan tidak juga akan mencium aroma syurga . Padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian "  - Hadis Riwayat Muslim -
 
" Wahai , Asma' , sesuangguhnya wanita apabila telah sampai kepada tanda kedewasaan (haid) , tidak boleh terlihat bahagian tubuhnya kecuali ini dan ini , baginda mengisyaratkan muka dan telapak tangannya "  - Hadis Riawayat Abu Dawud , Syaikh Al-Abani menghasankannya -

 
Pakaian yang menutup aurat tidak memerlukan purdah , jubah atau sebagainya .
Yang penting adalah melabuhkan tudung menutupi bahagian dada , memakai sarung tangan , sarung kaki , tidak meninggikan sanggul kerana ia diibaratkan sebagai bonggol unta .
 
 


4 May 2013

: Kelebihan Surah Al-Fatihah :

 

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali , Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas . InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan . Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata , perut , gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah S.W.T. Untuk mencegah kemarahan Allah , bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu .

Nak lagi kepastian , sila 'play'kan video ni . InsyaAllah (:

: 7 Hukum Mencintai Seseorang :

1.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak mengajaknya berduaan .

2.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak mengajaknya kepada kemaksiatan .

3.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak mengajaknya berpasangan secara tidak sah .

4.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak mengajaknya kepada jalan syaitan .

5.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak keluar dari syariat islam .

6.Boleh kita mencintai seseorang asalkan tidak mengajaknya ber'couple' .

7.Jika engkau mencintainya ..
           Maka ajaklah kepada pernikahan .


Dengan cara pernikahan , insyaAllah hubungan juga akan direstui oleh Allah dan mendapat berkat dari-Nya . Bila kita masih lagi menjalinkan hubungan yang tidak halal dari segi syarak , syaitan amat suka sekali . Bila berdua , akan ada yang ketiga . Tetapi apabila saja tangan pengantin lelaki berjabat dengan tangan tok kadi dan sudah sah pernikahannya , syaitan akan menangis kerana tidak lagi dapat menghasut kita ke arah kemaksiatan .



 

: Penyakit Yang Menghancurkan Amalan Seseorang :


Menurut Nabi Muhammad S.A.W , ada tiga jenis yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu : takbur atau sombong dan juga riak .

Imam Ghazali pula berkata , takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak . Orang yang takbur akan selalu mendustakan kebenaran , memandang rendah terhadap orang lain dan meninggikan dirinya iaitu bongkak . Sedikit sahaja perasaan takbur itu ada dalam hati , maka amalan tidak mempunyai apa-apa erti .

Rasulullah bersabda , " Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu . " [Hadis Riwayat Muslim] .

Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan dan Baginda Rasulullah ada menyebut bahawa riak adalah syirik kecil yang boleh menghapuskan kebaikan . Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debut saja perasaan riak .

Jadi , wahai kawan-kawan seperjuanganku . Marilah kita bersihkan hati dan diri kita daripada perasaan ujub , riak , takbur , bongkak , sombong . Kerana ia mengundang kemurkaan Allah malah menyebabkan hati kita akan makin jauh dari Syurga Firdaus Allah . Betulkan niat kita kerana Allah bukan kerana manusia semata-mata .

Firman Allah Taala , " Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat iaitu orang yang lalai dari solatnya dan orang yang berbuat riak . " [Surah al-Ma'mum ayat 4-6] .

Pada hari kiamat pula nanti ketika semua manusia melihat catatan amalannya , maka Allah berfirman , " Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan iaitu riak di dunia . Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka " . [Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi] .

Jaga mata . Jaga telinga . Jaga mulut .  Jagalah HATI  .

1 May 2013

: Wahai Maha Penyayang :

Wahai Maha Penyang .. Sebut saja gelaran tersebut , pasti di minda kita sudah terset dengan Allah . Kan ? Allah memiliki 99 nama . Setiap nama-Nya memiliki maksud yang amat dikagumi oleh umat Islam . Jadi kita hendaklah menghafal 99 nama-nama tersebut dan mengamalkannya . Jadi , entry yang ketiga kali ini adalah untuk menceritakan disebalik nama/gelaran ' Wahai Maha Penyayang ' .


Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku jatuh cnta , benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku jatuh cinta , jagalah cintaku kepadanya agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku jatuh hati , izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta palsu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku jatuh hati , jagalah hatiku kepadanya agar tidak berpaling selai kepada hati-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku rindu , jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu , janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu , jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu .
 
Wahai Maha Penyayang ..
Halalkan aku merindui kekasih-Mu .
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku kepada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu
 
.. Wahai Maha Penyayang ..