BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

4 May 2013

: Penyakit Yang Menghancurkan Amalan Seseorang :


Menurut Nabi Muhammad S.A.W , ada tiga jenis yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu : takbur atau sombong dan juga riak .

Imam Ghazali pula berkata , takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak . Orang yang takbur akan selalu mendustakan kebenaran , memandang rendah terhadap orang lain dan meninggikan dirinya iaitu bongkak . Sedikit sahaja perasaan takbur itu ada dalam hati , maka amalan tidak mempunyai apa-apa erti .

Rasulullah bersabda , " Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu . " [Hadis Riwayat Muslim] .

Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan dan Baginda Rasulullah ada menyebut bahawa riak adalah syirik kecil yang boleh menghapuskan kebaikan . Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debut saja perasaan riak .

Jadi , wahai kawan-kawan seperjuanganku . Marilah kita bersihkan hati dan diri kita daripada perasaan ujub , riak , takbur , bongkak , sombong . Kerana ia mengundang kemurkaan Allah malah menyebabkan hati kita akan makin jauh dari Syurga Firdaus Allah . Betulkan niat kita kerana Allah bukan kerana manusia semata-mata .

Firman Allah Taala , " Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat iaitu orang yang lalai dari solatnya dan orang yang berbuat riak . " [Surah al-Ma'mum ayat 4-6] .

Pada hari kiamat pula nanti ketika semua manusia melihat catatan amalannya , maka Allah berfirman , " Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan iaitu riak di dunia . Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka " . [Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi] .

Jaga mata . Jaga telinga . Jaga mulut .  Jagalah HATI  .

0 comment: