BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

29 Apr 2013

: Orang Kelainan Upaya :

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Sekarang ni banyak kita lihat ramai antara kita mengendahkan orang kelainan upaya . Bagi kita mungkin orang tersebut tak mempunyai apa-apa faedah pun . Tapi sebenarnya , mereka juga merupakan hamba Allah dan merekalah makhluk Allah yang istimewa .
 
 
" Tidak ku minta lahir ke dunia , Tidak ku duga cacat begini "
 
 
Dengar je lagu ini pasti menitiskan air mata . Tetapi pernahkah kita terfikir , simpati yang ada dalam hati , mampukah untuk kita lahirkan dengan perbuatan ? Atau , pernahkah terjadi pada suatu masa kita berhadapan dengan golongan ini , kita kelu untuk memberi sapaan dan perbualan yang tidak mengguriskan hati mereka .
 
Maka , entry kali ini akan memberitahu sedikit sebanyak tentang adab-adab apabila kita berhadapan dengan golongan seperti ini .
 
1. Apabila diperkenalkan , hulurkan tangan untuk bersalam bagi yang muhrim sebagai tanda penghormatan dan sertakan dengan senyuman yang ikhlas .
 
2. Pastikan kita mengetahui kategori umur mereka . Jika kita berhadapan dengan golongan OKU dewasa yang berkerusi roda , janganlah pula kita menepuk bahu atau memegang kepala mereka . Ini perbuatan yang agak kurang sopan .
 
3. Jangan sesekali meletak tangan atau bersandar pada kerusi roda golongan OKU kerana kerusi roda tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada anggota mereka .
 
4. Jika kita ingin menolong golongan OKU , kita perlu meminta izin terlebih dahulu . Ini kerana , golongan OKU tidak mahu dianggap golongan mereka adalah golongan yang lemah .
Jadi sebagai tanda hormat , kita tanyakan dahulu jika kita ingin membantu . Dan jangan memaksa mereka jika mereka menolak pelawaan kita .
 
5. Jika kita bercakap dengan golongan OKU yang menggunakan kerusi roda , kita hendaklah memastikan kedudukan kita sama tinggi dengan mereka .
 
6. Jangan melakukan perbuatan atau bercakap dengan perkataan yang tidak sesuai . Hormati kekurangan mereka .
Sebagai contoh , jika kita bersama dengan golongan OKU yang tidak dapat melihat (buta) , jangan sesekali kita bertanya padanya apa yang kita sedang lakukan . [melainkan OKU tersebut bertanya] .
 
7. Apabila berada dengan golongan OKU yang mempunyai masalah pendengaran , lihat tepat ke arahnya dan bercakap dengan nada yang perlahan .
Adalah lebih baik jika kita menulis nota dan berikan padanya .
 
8. Bila kita pertama kali berjumpa dengan golongan OKU yang mempunyai masalah penglihatan , perkenalkan diri kita dan sesiapa sahaja yang berada di samping kita supaya ia memudahkan mereka untuk mengetahui dengan siapa mereka berada .
 
Tak menghalang untuk menunaikan SOLAT !
 




Mempunyai semangat yang tinggi untuk ke sekolah .
 

 
Ada cita-cita untuk berjaya .
 

 

26 Apr 2013

: Berbahagialah Menjadi Seorang Perempuan :

Kelebihan Dilahirkan Sebagai Perempuan


 

Doa Lebih Makbul :

Pada setiap perempuan , Allah menurniakan sifat penyayang dalam diri kita . Maka sifat penyayang itulah menyebabkan doa seorang wanita lebih makbul daripada lelaki .
Rasulullah pernah berkata " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia "


Mampu Mengandung :

Allah mengurniakan rahim hanya untuk wanita untuk mengandung dan membesarkan janin di dalam perutnya . Sesungguhnya wanita yang mempunyai ramai anak adalah wanita yang mulia kerana telah menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

Riwayat Abu Daud dan Nasa'i : " Kahwinilah perempuan yang berketurunan anak ramai , sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah "

Dijanjikan Syurga :

Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh takwa serta tanggungjawab , maka banginya adalah syurga .

Dahulukan Anak Perempuan :

Barang siapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah . Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S .

Penghalang Api Neraka :

Aisyah R.A : Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka .

Pahala Kerja Rumah :

Rajin-rajinkan diri melakukan kerja rumah , tetapi perlulah dengan IKHLAS . Perempuan yang menyapu lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah .
Perempuan yang menguli tepung sambil menyebut Bismillah , maka Allah akan memberkati rezekinya .

Utamakan Ibu :

Apabila kita dipanggil oleh kedua ibu bapa , maka jawablah panggilan ibu kita terlebih dahulu .

Syurga :

Telah jelas kita mengetahui yang SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU (:


    ________________________________________________
Pesanan Buat Puteriku
 
 
Duhai Puteri ,
 

Berbanggalah kita kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan . Betapa mulianya kejadian yang Allah jadikan sehingga Dia meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu .
 
Beruntunglah kita kerana menjadi seorang wanita kerana kelak diri kita juga bakal menjadi seorang ibu .
 
Betapa mulia seorang wanita sehingga Allah meletakkan wanita solehah sebagai perhiasan dunia yang terindah .
 
 
Puteri Penghuni Syurgawi ,
 
Usahlah kita mempersoalkan hak diri kita kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya . Kita mempunyai kelembutan , kita mempunyai kesabaran , kecerdikan dan kau juga mempunyai kekuatan untuk mengharungi kehidupan ,  Diri kita tidaklah selemah yang disangka .
 
 
Ingatlah Wahai Puteri ,
 
Perempuan yang mulia bukan kerana aurat yang dibalut dengan busana yang ketat , nipis dan jarang .. TETAPI ia dipandang mulia kerana hijabnya yang hanya dibuka untuk orang yang selayaknya .
 
Wanita solehah umpama mutiara jauh di dasar lautan . Cantik , tetapi bukan sembarangan orang yang boleh dan mampu menyentuhnya . Bukan sekadar laksana mawar di pinggir jalan , yang setiap orang melewati harumannya lalu membuangnya sesuka hati .
 
 
Ingatlah ,
 
Tidak akan hilang kemulian seorang wanita jika dia hanya menjadi suri rumah . Bahkan itu adalah tugas yang paling mulia bagi seorang wanita . Walau tanpa bergaji , namun dijanjikan dengan pahala yang tinggi (:
Tempat seorang wanita apabila sudah mempunyai suami adalah dalam mendukung perjuangan suaminya , tempat untuk suami menyandarkan rasa lelah , tempat suami melepaskan keluh kesah dan tempat hiburan paling istimewa untuk suami bergembira .
 
 
Berbanggalah Wahai Puteri ,
 
Kita ambil contoh wanita yang paling dekat dengan kita adalah IBU , MAMA , MUMMY , UMMI , MAK ... Merekalah yang melahirkan , mendidik , mengasuh dan membessarkan kita .
 
Walau dalam jerih payahnya , mereka tetap membelai , meminjam telinga mendengar keluh kesah kita , meminjamkan hati mereka untuk dirobek tatkala kita mengguris hati mereka .
 
Mereka jugalah yang mengurus rumah tangga , menguruskan kewangan dan rakan paling hebat untuk semua ahli keluarga kita sehinggakan menjadi kediaman * Baiti Jannati * [ Rumahku Syurgaku ] .
 
Itu lah MEREKA , seorang wanita yang banya mengorbankan segala-galanya buat kita .
 
 
Duhai Puteri Hiasan Dunia ,
 
Wanita bagaikan BUNGA - yang cantik mempunyai keindahan yang menakjubkan tanpa kebudayaan dan ketaqwaan , maka dia adalah kesengan yang sedikit yang akan layu tanpa mendatangkan sesuatu kepada pemiliknya (:
 
Wanita bagaikan MUTIARA - yang menakjubkan pemiliknya dengan nilai cahayanya yang berkilauan , maka dia adalah wanita yang berkebudayaan tanpa disertai ketaqwaan , maka kebudayaan adalah teori yang tidak ada gunanya tanpa penerapan dan budi pekerti .
 
Wanita bagaikan SIMPANAN - yang tidak musnah, iaitu wanita yang berpendidikan atas ketaatan serta memimpinnya kepada kebaikan dan pembaikan .