بسم الله الرحمن الرحيم
Sekarang ni banyak kita lihat ramai antara kita mengendahkan orang kelainan upaya . Bagi kita mungkin orang tersebut tak mempunyai apa-apa faedah pun . Tapi sebenarnya , mereka juga merupakan hamba Allah dan merekalah makhluk Allah yang istimewa .
" Tidak ku minta lahir ke dunia , Tidak ku duga cacat begini "
Dengar je lagu ini pasti menitiskan air mata . Tetapi pernahkah kita terfikir , simpati yang ada dalam hati , mampukah untuk kita lahirkan dengan perbuatan ? Atau , pernahkah terjadi pada suatu masa kita berhadapan dengan golongan ini , kita kelu untuk memberi sapaan dan perbualan yang tidak mengguriskan hati mereka .
Maka , entry kali ini akan memberitahu sedikit sebanyak tentang adab-adab apabila kita berhadapan dengan golongan seperti ini .
1. Apabila diperkenalkan , hulurkan tangan untuk bersalam bagi yang muhrim sebagai tanda penghormatan dan sertakan dengan senyuman yang ikhlas .
2. Pastikan kita mengetahui kategori umur mereka . Jika kita berhadapan dengan golongan OKU dewasa yang berkerusi roda , janganlah pula kita menepuk bahu atau memegang kepala mereka . Ini perbuatan yang agak kurang sopan .
3. Jangan sesekali meletak tangan atau bersandar pada kerusi roda golongan OKU kerana kerusi roda tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada anggota mereka .
4. Jika kita ingin menolong golongan OKU , kita perlu meminta izin terlebih dahulu . Ini kerana , golongan OKU tidak mahu dianggap golongan mereka adalah golongan yang lemah .
Jadi sebagai tanda hormat , kita tanyakan dahulu jika kita ingin membantu . Dan jangan memaksa mereka jika mereka menolak pelawaan kita .
5. Jika kita bercakap dengan golongan OKU yang menggunakan kerusi roda , kita hendaklah memastikan kedudukan kita sama tinggi dengan mereka .
6. Jangan melakukan perbuatan atau bercakap dengan perkataan yang tidak sesuai . Hormati kekurangan mereka .
Sebagai contoh , jika kita bersama dengan golongan OKU yang tidak dapat melihat (buta) , jangan sesekali kita bertanya padanya apa yang kita sedang lakukan . [melainkan OKU tersebut bertanya] .
7. Apabila berada dengan golongan OKU yang mempunyai masalah pendengaran , lihat tepat ke arahnya dan bercakap dengan nada yang perlahan .
Adalah lebih baik jika kita menulis nota dan berikan padanya .
Adalah lebih baik jika kita menulis nota dan berikan padanya .
8. Bila kita pertama kali berjumpa dengan golongan OKU yang mempunyai masalah penglihatan , perkenalkan diri kita dan sesiapa sahaja yang berada di samping kita supaya ia memudahkan mereka untuk mengetahui dengan siapa mereka berada .
Tak menghalang untuk menunaikan SOLAT !
![]() Mempunyai semangat yang tinggi untuk ke sekolah . |
Ada cita-cita untuk berjaya .









0 comment:
Post a Comment