Doa Lebih Makbul :
Pada setiap perempuan , Allah menurniakan sifat penyayang dalam diri kita . Maka sifat penyayang itulah menyebabkan doa seorang wanita lebih makbul daripada lelaki .
Rasulullah pernah berkata " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia "
Mampu Mengandung :
Allah mengurniakan rahim hanya untuk wanita untuk mengandung dan membesarkan janin di dalam perutnya . Sesungguhnya wanita yang mempunyai ramai anak adalah wanita yang mulia kerana telah menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad S.A.W.
Riwayat Abu Daud dan Nasa'i : " Kahwinilah perempuan yang berketurunan anak ramai , sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah "
Dijanjikan Syurga :
Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh takwa serta tanggungjawab , maka banginya adalah syurga .
Dahulukan Anak Perempuan :
Barang siapa yang membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah . Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S .
Penghalang Api Neraka :
Aisyah R.A : Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka .
Pahala Kerja Rumah :
Rajin-rajinkan diri melakukan kerja rumah , tetapi perlulah dengan IKHLAS . Perempuan yang menyapu lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah .
Perempuan yang menguli tepung sambil menyebut Bismillah , maka Allah akan memberkati rezekinya .
Utamakan Ibu :
Apabila kita dipanggil oleh kedua ibu bapa , maka jawablah panggilan ibu kita terlebih dahulu .
Syurga :
Telah jelas kita mengetahui yang SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU (:
________________________________________________
Pesanan Buat Puteriku
Berbanggalah kita kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan . Betapa mulianya kejadian yang Allah jadikan sehingga Dia meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu .
Beruntunglah kita kerana menjadi seorang wanita kerana kelak diri kita juga bakal menjadi seorang ibu .
Betapa mulia seorang wanita sehingga Allah meletakkan wanita solehah sebagai perhiasan dunia yang terindah .
Usahlah kita mempersoalkan hak diri kita kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya . Kita mempunyai kelembutan , kita mempunyai kesabaran , kecerdikan dan kau juga mempunyai kekuatan untuk mengharungi kehidupan , Diri kita tidaklah selemah yang disangka .
Perempuan yang mulia bukan kerana aurat yang dibalut dengan busana yang ketat , nipis dan jarang .. TETAPI ia dipandang mulia kerana hijabnya yang hanya dibuka untuk orang yang selayaknya .
Wanita solehah umpama mutiara jauh di dasar lautan . Cantik , tetapi bukan sembarangan orang yang boleh dan mampu menyentuhnya . Bukan sekadar laksana mawar di pinggir jalan , yang setiap orang melewati harumannya lalu membuangnya sesuka hati .
Tidak akan hilang kemulian seorang wanita jika dia hanya menjadi suri rumah . Bahkan itu adalah tugas yang paling mulia bagi seorang wanita . Walau tanpa bergaji , namun dijanjikan dengan pahala yang tinggi (:
Tempat seorang wanita apabila sudah mempunyai suami adalah dalam mendukung perjuangan suaminya , tempat untuk suami menyandarkan rasa lelah , tempat suami melepaskan keluh kesah dan tempat hiburan paling istimewa untuk suami bergembira .
Kita ambil contoh wanita yang paling dekat dengan kita adalah IBU , MAMA , MUMMY , UMMI , MAK ... Merekalah yang melahirkan , mendidik , mengasuh dan membessarkan kita .
Walau dalam jerih payahnya , mereka tetap membelai , meminjam telinga mendengar keluh kesah kita , meminjamkan hati mereka untuk dirobek tatkala kita mengguris hati mereka .
Mereka jugalah yang mengurus rumah tangga , menguruskan kewangan dan rakan paling hebat untuk semua ahli keluarga kita sehinggakan menjadi kediaman * Baiti Jannati * [ Rumahku Syurgaku ] .
Itu lah MEREKA , seorang wanita yang banya mengorbankan segala-galanya buat kita .
Wanita bagaikan BUNGA - yang cantik mempunyai keindahan yang menakjubkan tanpa kebudayaan dan ketaqwaan , maka dia adalah kesengan yang sedikit yang akan layu tanpa mendatangkan sesuatu kepada pemiliknya (:
Wanita bagaikan MUTIARA - yang menakjubkan pemiliknya dengan nilai cahayanya yang berkilauan , maka dia adalah wanita yang berkebudayaan tanpa disertai ketaqwaan , maka kebudayaan adalah teori yang tidak ada gunanya tanpa penerapan dan budi pekerti .
Wanita bagaikan SIMPANAN - yang tidak musnah, iaitu wanita yang berpendidikan atas ketaatan serta memimpinnya kepada kebaikan dan pembaikan .






0 comment:
Post a Comment